Ahlan Wa-sahlan

I'm might not perfect, but parts of me are preety awesome

Friday, August 24, 2012

Bercerita Tentang Jodoh...

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.
“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah
“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”
“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”
“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”
“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”
“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”


Cantik Itu Relatif dan Subjektif
“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”
“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”
“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”
“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh
“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.
“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”
“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”
“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”
‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.
“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”
“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”
“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”
Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”
“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.
“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”
“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”
“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”
“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah
“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”
“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”
“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”
“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”
“Hikmah untuk kita?”
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

Resource: http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/

Thursday, July 12, 2012

Salang Pusaka, Tioman..

13 July 2012..

Checked in at Salang Pusaka Resort, Tioman...since last 5 years sign up here...skang baru berpeluang jejak kaki semula kat cni...rasenya pantai dolo kat sini pasirnya memutih..skang dah bertukar kaler..huu

jejak ja kaki kat cni..hujan renyai-2...cuaca pong sejuk..tadak la panas sgt..just nice
kos..tadak la plak spesific plan tuk dive or snorkel..just nk makan tido makan tido..n yg ptg hadap pantai bersih...hee

Lepak kat salang cafe, pas makan...dgn cuaca yg sejuk + perut kenyang + lagu-2 english jazz n apatah genre...yg pastinya...sgt tenang kot...hurm..so cozy...at this moment la...

neway..tak rase nk snorkel laie..kos baru pas hujan.apatah laie nk dive...sure air keroh kan...
well...mata dah ngantokz...perhaps..nak balik bilik, solat n tido.........

shall be continue soon.....

Sunday, April 1, 2012

Mencari Kebahagian...

Ishk..dah la cantik, pandai, kaya plak tuh, peramah, baik hati, humble...suma org suka n senang ngan dia...
wow, is she so perfect.........I wanna be loike her to.....
but why? bcoz lumrah manusia to be accepted and perfect!!
Tapi, pernah dengar pepatah di bawah:
''Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.'
Bila kita tak dapat sesuatu yang kita nak..mula la kita mempersoalkan takdir...menyatakan itu masalah n bencana dalam hidup kita..mula la kita merasakan hidup tak lengkap n membahagiakan...itulah lumrah alam...
Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:

"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)
Malah, ALLAH juga berfirman...
‘Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.’ (At-Taghabun:11)
Oleh itu..apa ubatnya...apa penyelesaiannya??
Jawapnya adalah DOA...kerna DOA adalah senjata orang mukmin,,,
" Jika takdir membuatmu merana, pohonlah kepada Tuhan agar Dia mengurniaimu takdir yang lain.
Tidak terlarang bagimu meminta takdir yg lain, kerana takdir yg berada dalam perbendaharaan Tuhan tidak terbilang banyaknya"
Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.

Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”
Wallahualam...
 
 
 
 
 
 

Climb at Gua Bewah, Kenyir

Gua Bewah, Kenyir...erk..tuh tmpt manceng la..apahal laks nk climb sana...tp memandangkan sang shabat si Julia n Aril beria sangat ajak...apalaie..gue pong sambut la cabaran..wargh..nak nanes mase turun...seram pong ada...kami turun jam 7 mlm lebey..dah gelap sangat dalam gua..n masa turun ke bwah tuh dah betul2 gelap..nasib baik ..tadak kejadian pelik berlaku walau..terasa la jugak gigil nya...hee..ok..here some pics of the adventure......the best part..this is my first article..keluar libur untuk edisi..bulan baper ntha..last year...tk ingat plak...heee..ok...enjoy the snaps...

Jeti bewah
Gua Bewah
Alatan untuk climb
Aril as Lead
First pitch
Arel belay Julia dari first pitch
Batuan berupa struktur kepala burung
Pandangan dari atas puncak
Me n Ju..post kat 2nd pitch
Laluan untuk abseil ke bawah
Abseil down
Tasik Kenyir

Singapore...

Huh..first taim gi Singapore..taim tuh kecik-2 laie...5,6 taun gitu...arwah akak bawak jenjalan ngan mak ..then the most memorable..apabila tersesat ngan sepupu dekat dlam zoo singapore..punya le besar..erk..singapore ada zoo ker ar? hahaha..ntah...yg ptg..kitaorg 3 org yg lebey kurang sebaya nih la dok tercari-2 family members yang len...neway..last year sempat gak gi singapore laie...wow!! but..mesia tetap di hatiku..cuma..blom sempat g USS...kos..tis is kompeni trip........huuu...here some pics.....

Sunset...

Sunset..naper suka sangat? ntah...suker la..ia bawa satu ketenangan yang tak dapat digambarkan..since i love photographi..here some pics yg sya sempat snap during sunset from different places

PANTAI REMIS, SELANGOR

MABUL ISLAND...
PLUS HI-WAY...
BORNEO RIVER, SABAH

Cerpen: JODOH

''Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Petikan: http://webblog.myjodoh.net/2007/05/09/87/.

Argh.. time camnilah  bateri nk weak…Adus
Artikel belum habis dibaca. Menarik tajuk dan isi..namun..

Plop! Screen terpadam….! Subhanallah..!..sabar jer la..
Tiba- tiba lagu Lelaki ini dari Anuar Zain berkumandang  dari nokia x6

Pantas aku mengapai x6 ku.
Assalamualaikum,.
Waalaikumussalam…pree tak arinih?
Ha..agak la..nk ke mana?
Tadak mana pong..ingat nk pegi rumah mak lang..
oo..ada makan-2 ker?
Tadak la..saja ja..dah lama tak pergi..
Hm..ok la..so..nk aku pikup ko ker ko datang pikup aku?
Tanya ku pada si farhana…
Ala..mcam biasa la..hee..
Aku dah dapat membayangkan senyuman sengeh nya
Hai..dia yang ajak..aku pulak nk gi amik..
Nasib baek la ..kawan baek ..ok..

Seusai solat zohor, aku bergegas ke rumah farhana.
15 minit menunggu dalam kereta, baru la terlihat kelibatnya.
Save minyak punya pasal..aku matikan enjin keta.
Amboi..kuningnya nya mak ngah…
Aku tersenyum tika die melangkah masuk ke dalam kereta
Hai..ada kenduri ker?
Aku kemeja dengan jeans ja nih…selamba aku mengusiknya

Tadak apa la..saja ja nak melawa..
Salah ker?
Tak la..tapi kalu tabarujjud berlebihan..boleh mengundang fitnah..
Sahut ku.

Seketika, dahinya berkedut.. Air mukanya sedikit berubah.
Eh..aku melawak ja la..sepintas aku memotong.
Tanpa berlengah..aku terus menghidupkan enjin kereta.

Dalam kereta…kami berborak sakan
Dari berkaitan diri, keluarga, kerjaya mahupun gossip artis.
Sampai la tiba-2 farhana mengeluh..
Aku pening la ngan mak-2 sedara aku
Nape nya..cer ceta? Sambil tangan sebelah kananku memegang stereng dan kanan kiriku memegang tin coke..

Aha.dengar nih awok nk bercerita….
Pada suatu hari..sedang burung berkicauan …
Melihat mimic mukanya yang tidak ubah seperti usop wheelcha..membuatkan aku
aku terbahak-2 ketawa
Coke yang baru diteguk, hampir tersembur keluar…

Hish..ko..nih..shajaratunnur syuhadar..muka ja cantek..tp perangai tak senonoh
Sambil farhana menghulurkan tisu padaku..
Haha..abis tuh..dah ko buat lawak tak laku ko nih
Gelak la aku..

Argh..potong stim tau aku nk ceta..
Adus..ye la..sori..sori…
Nasib baik tak jadik apa-2…kang..aku nih tak kawin lagi tau
Eh.ke situ plak ko nih
Lau tak kawin pong napa?
Takut mati..tuh wajib tau..
Tp kalau dah ajal..nk buek lagu mana..
Takkan nak tipu malaikat izril kot..hee
Cakap kat dia salah tarikh la menjemput sya nih..huu

Amboi..lawak sangat la tuh..………..wajahnye mencebik..

Baik lah puteri farhana firdaus
Apa yang tak puas hatinya tadi?

Argh..malas la ceta
Ha..malas ceta..lukis…hahhaa..aku masih mengusiknya
Argh..tk pandai lukis
Ah..camtuh..sms kat aku.
Tadak kredit..
Camtuh..bbm jerk aku..hahhaa
Sha!……….jerit farhana nyaring
Satu cubitan kasar singgah di pehaku
Adeih..aku menjerit kesakitan
Membuatkan kereta sedikit tersasar di bahu jalan.
Syukur…aku tidak terlalu panic..
Kereta masih dalam kawalan..

Farhana!!..ha..buat la lagi
Kali ni aku sedikit serius
Manakan tidak..kereta di belakang siap hon lagi..
Memberi isyarat tanda supaya berhati-2
Terasa agak malu..dan hati masih lagi berdebar2

Farhana tertunduk diam..
Sori..tak sengaja..die tertunduk tanda sesal
Hai....nk jadik usop wheelcha sangat? Nk tempang?
Sahutku geram
Tatkala die mengangkat muka menoleh ku..
Tanda memohon maaf..
Argh..tak sampai hati pula aku melihat raut wajahnya tika itu
Sudahnya sama-2 tertawa…
Ceria kembali mewarnai .

*************
Assalamualaikum….nyaring suara si farhana memberi salam..
Ko nih..badan jerk kecik yerk
Suara…macam….
Macam apa? Sahutnya.sambil menjegilkan mata
Erk..nyaring cam ziana zain….
Sekebun cinta berbunga……aku mengusiknya…
Hai..nak kena ketam lagi ker?
Ujarnye padaku..
Baru aku nk menjawab…
Dari pintu utama..mak lang dah menyahut salam
Amboi 2 orang anak dara nih ka…
Ha masuklah..
Ingat si Bangla juai karpet…
Amboi..boleh tahan jugak mak lang buat lawak yerk

Aku Cuma tersenyum…

Uish..kuningnya kamu…ana..
Sejak bila jadik model  Digi nih?
Aku sudah tak tertahan tersenyum..terus terbahak-2 ketawa
Ana sedikit mencebik
Mak lang nih..sama jerk ngan si Sha nih..
Bukan digi la..saja ja nk pakai baju nih…
Tak cantik ka…
Punggung nya terus dihenyek ke sofa italy di ruang tamu
Tangan terus menggapai remote astro
Pantas mencari cenel kegemarannya..

Ala..salah ker mak lang tanya..
Hm..kamu tuh cantik..pkai apa pong cantik..
merah ker..oren ka..kaler kelabu taik anjing pong cantek..
Eh mak lang nih…org pangei grey la..
Kelabu taik anjing plak..najis la tuh

Eh..sha..apa tak betul ker cakap mak lang nih..
Maklumla..mak lang tak mengaji tinggi mcam korang semua nih
Ala..mak lang nih..zaman mak lang dulu..darjah 6 sama standard diploma tau
Lagipun..anak Mak Lang semuanya berjaya..ha..abg long tuh Doctor, kak ila tuh..Engineer.. n si rosli tuh dah nk tamat pengajian dia kat London kan?

Hurm..semua dok mengejar dunia nih yg akhiratnye ditinggalkan?
Ishk..apa maksud Mak Lang nih?
Setau saya..sumanye ckup solatnya…
Ha kak ila tuh…pandai bertaranum lagi..aurat dijaga…satu-satunya anak perempuan mak lang..

Memilih sangat…umur dah 30 tak kawin lagi…sahut Mak Lang
‘kekadang nih kita perlu jugak memilih Mak Lang..pantas farhana memotong
Aku sedikit ralat…tajam aku merenungnya tanda usah dibalas kata-2 orang tua
Abis tuh..takkan la kita nak terima saja sesapa dalam hidup kita? Farhana menyambung
Takkan la perempuan plak yang nak bela laki..
Laki zaman sekarang nih nak cari yang baik -2 susah la Mak Lang….
Banyak yang pupus dah pong..
Sudahnya..merana sendiri..anak nak dijaga..laki lagi…tuh tak campur kes mertua bengis segala bagai
Akhirnya..kita yang makan hati berulam jantung..
Hurm..aku hanya mampu mengiyakan dalam hati

Kita nih Mak Lang..bukan la nak cari yang sempurna segala bagai
Ckup sembahyang dan tahu hukum halal haram dan sebolehnya mampu memberi nafkah zahir dan batin dah memadai..
Kalau boleh..sapa yang tanak sekufu ?? atau lebih dari kita…
Tapi tuh la.laki sekarang….belajar pon memain..sudahnya..dekat U tuh…kaum adam dah tak nampak batang hidung
Ana kalau nk cari lelaki..biarlah macam Dr Syed Muzaffar Syah…
Hahahahaha…aku dan Mak Lang bantai ketawa berdekah-2
Bagus ending farhana…ringkas padat dan lucu
Aku harap Mak Lang tak la terasa sangat dengan mulut si farhana tuh
Hai…aku kalu berdebat dengan farhana..kekadang terpaksa mengalah dalam diam walau ada tidak berapa setuju dengan hujahnya yang kekadang agak ektremis bagiku..
Malas aku nak bertekak lelebih…

Hurm.. Mak Lang..dahaga la…ada air ribena tak..
Aku cuba mengalih topik
A’ah la..lupa pulak Mak Lang nak buatkkan air..
Sekejap yek..kamu duduk la dulu..buat macam rumah sendiri .. Mak Lang nk ke dapur sekejap…
Seusai Mak Lang beransur ke dapur
Pantas aku mencubit farhana
Hey…jeritnya
Ko nih…berbudi bahasa sikit dengan orang tua bleh?
Biarlah..betul pa..apa yang aku cakap..sambil matanya masih pada skrin lcd 40 inci.
Aku dah lama pendam tau..

Tengok kak Ila tuh…satu-2 nya anak perempuan die..berapa lama makan hati
Ada ka patut nak dijodohkan dengan ustaz umur 50….
Bahagia sampai ke syurga la gamaknya..
Padahal…dah ada 2 bini kot…nih kes macam Ustaz Syauki Tahajud cinta tuh la
Ha..ko kan suka tengok ceta tuh

Ishk ko nih….ye la..aku tak ckap pong kata-2 ko tuh salah
Tapi nada ko tuh
Agak-2 la sikit
Tersentap orang tua tuh….hurmmmmm

Ye ya la…suma yang buruk-2 tuh la aku……….
Ishk……….kecik ati la tuh
Lau majuk laie..malas pujuk..nnt balik sendiri..
Alahhhh….kak Ila balik rini…nnt suh kak Ila la hantar balik…
Amboi..lebar sungguh senyuman ko yerk
Padan la beria ajak aku datang sini
Ye la..dah lama kot aku tak jumpa kak Ila…dia sebenarnye kije kat Mont Kiara ja…weekend ja dia balik rumah
Selalu outstation kan.
Ishk..lau tak kerana dia..tak kuasa aku saja-2 nak datang sini
Semata- mata nak  dengar Mak Lang dok berleter
Hai..Kang bernanah  telinga aku …
Ishk….sepantas aku mencubit peha farhana…
Dah ….off stori mori…. Mak Lang datang…………

Assalamualaikum…
Satu suara lembut memberi salam..
Ahahaha..kak Ila………….pantas farhana menjawab salam dan membukakan pintu
Wargh..mereka saling bersalaman dan berpelukan erat
Erm..kak Ila..ingat sya laie tak
Ohks…shajaratunnur syuhada..manis bertudung……
Aku tersenyum sipu..
Akak ingat sya  laie yerk..hee…sambil aku menyalaminya
Mestilah kenal…lau dah free hair pong cantek..
Bertudung laie la manis adik akak nih…
Wargh..makin lebar senyumku

Argh..kak Ila..tak payah puji die melangit sangat yerk
Maklum la..orang baru jumpa kaabah nih…
Huish…tgk kak Ida………… sarcastic  tol!!
Tajam aku menjeling farhana…

********

Akak…berdosa tak kalau kita tak kawin?
Eh,.. …napa tanya cmtuh..selagi seseorang itu tidak melakukan maksiat  dan menjaga diri ..Insya ALLAH..
ALLAH memeliharanya…

Bukan ker kawin tuh sunnah Rasullah?
Dan sebaik-2 umat Rasullah itu adalah yang berkahwin..?

Hurm..itu la salahnye kita..sebenarnya jodoh itu luas pengertiannya…
Kita tidak tahu bila dan dengan siapa..
Allah sudah menentukan dan menetapkan sesuatu yang baik untuk kita
Tengok..ALLAH menguji puak palestin dan umat Islam Timur Tengah dengan kekejaman
Ada orang yang kematian ibu, ayah, suami isteri, kehilangan anak..diuji dengan kemiskinan dan sebagainya
Tapi bila ALLAH mengusik kita sikit mengenai jodoh…kita sudah melatah..

Musti kita tertanya begini…tak cantik ka aku nih? Padahal ada orang lagi huduh..kawin jerk..
Tak ckup agama kah aku nih? Solat dan menutup aurat..tp masih belum ada si jejaka yang masuk meminang..tak laku sangat ka aku nih..justeru kita merasa terlalu merendah diri…kita jadik geram dan marah pada persekitaran dan keadaan…takut-2 kita tak redha ja…dan mengeluh..Subhanallah..

Bila kita tengok sesuatu pasangan  tu..bahagia saja…mula la dalam hati berdetik..ALLAH lupakan aku ka? Tak bolehkah ALLAH kurniakan sedikit bahagia untuk aku seperti mereka..?
Sapa yang tanak berkahwin..mempunyai suami yg misali dan anak-2 yang soleh dan solehah…
Kita merancang Syuhadaar…tp ALLAH lebih Maha Mengetahui…

Wargh..manisnya bila dipanggil Syuhadar..jarang bebenar nama itu dipakai..

Orang selalu salah faham definasi bahagia…

Erm…apa yang Sha paham mengenai bahagia?
Erm bahagia la..jawap ku bodoh-2 alang….rasa heppi sesangat..n tenang bila berbuat sesuatu mungkin....

Hm…sebenarnya..orang yang paling bahagia adalah orang yang merasa cukup dengan apa yg dia ada…
Dia menikmati segala nikmat yang diberi ALLAH walau hanya sebutir nasi dan setitis air minuman..

Macam kita nih..agak-2 bersyukur tak? Dah dapat Honda..teringin plak nak bawak BMW…dah pergi korea..teringin plak nak jelajah paris..tapi rumah ALLAH..tak termimpi pulak nak pergi..
Kenapa kita tak pernah puas?
Itu la namanya nafsu………..dah dapat itu..nak ini..tak dapat ini..mula la cakap ALLAH tak sayang kita la..ALLAH berat sebelah la…rasa terpinggir la…padahal setiap seorang ALLAH dah tentukan rezeki dan perjalanan hidupnya.

Akak..bukankah kita patut berusaha untuk mengubah hidup kita…

Ubah hidup boleh..tapi kena redha dengan takdir jugak…

Tapi bukankah dalam islam kita disarankan untuk beribadat seperti esok kita nk mati dan berusaha mengumpul kekayaan ibarat hidup seribu tahun…eh..betul tak akak……….

Segaris senyuman terbit dari wajah manis akak Ila..
Betul….ya Islam sarankan begitu..tapi ingat..beribadat mesti selari dalam mengumpul kekayaan…jangan kita ibarat Qarun ..lupa diri dengan kurniaan ALLAH…

Taukah adik yang kekayaan itu juga adalah cabaran pada hambaNya? Berapa ramai  yang hanyut dek kerana tak mampu mengawal nafsu kekayaan itu? Terus..mereka melupakan ALLAH…tak macam mereka yang miskin dan sedang-2 macam kita nih..hari-2 kita berdoa..YA ALLAH..aku mohon kurniakanlah rezeki untuk aku dan keluargaku….tak macam tuh?

Aku terdiam..yup…..itu la doa yang aku panjatkan seusai solat dan mungkin setiap masa…moga murah rezeki…amin amin..…
Hurm..mereka yang sihat kekadang juga lupa berdoa semoga ALLAH terus memberi nikmat kesihatan  yang baik untuk mereka…
Berapa ramai yang berdoa..Ya ALLAH..berikanlah kesihatan yang baik untuk aku dan..keluargaku, temanku dan saudaraku……..
Apatah laie berdoa diberikan hidayah untuk kita dan sahabat bukan islam kita..yang hari-2 kita berjumpa dan bekerja bersama-sama.

Aku tersenyum..maklum lah..aku berkerja dengan syarikat yang majoritinya bukan berbangsa Islam..

Ingat..pada wanita-2 yang tidak menemui  jodoh mereka di dunia.dan sekiranya mereka menjaga kehormatan mereka sehingga ke akhir hayat..maka di akhirat ALLAH akan kurniakan para wirdan (bidadara syurga) untuk wanita-2 soleh ini…..
Masya ALLAH…Tak hebat ka tuh?

Ingat bukan semua pasangan berkahwin itu bahagia…perkahwinan itu satu perjanjian dengan ALLAH..jika kita mungkari janji dan tidak berlaku adil..maka kita memungkari janji pada ALLAH..dan orang yang tidak menepati janji adalah ciri-2 orang Munafik…Astagfirulllah……………

Mungkin..kita masih belum bersedia sepenuhnya untuk berkahwin…

Tapi akak..banyak ja pasangan muda yang kahwin sekarang..

Sayang ….kena ingat..mereka berkahwin untuk apa? Jika hanya kerna cinta sesame mereka…jika cinta itu hilang..apa yang akan jadi? Bercerai la jawapnya…
Bercerai itu tidak salah..tp itu perkara yang ALLAH benci…kita nak ker buat perkara yang ALLAH benci..tanak kan??

Masih banyak yang perlu diperbaiki sebelum berkahwin…….diri sendiri..aurat..pegangan aqidah.. ilmu dan hati yang bersih…barulah kita bisa menemui Cinta suci selepas ALLAH dan rasul…

Maksud akak?

Ok..akak nak tanya..Sha nak cari pasangan sampai ke anak cucu ker atau sampai ke akhirat?
Mustila ke akhirat…
Betul..untuk itu…kita kena la perbaiki diri dulu..

Tapi akak..ada ja wanita baik…menutup aurat..jaga solat..tp dapat laki jahat
Ingat masa berchinta baik..tp dah kawin lain plak jadinya
Suma gaji bini untuk rumah..gaji laki untuk dia joli..
Sapa yang tak takut kawin camnih akak..

Subhanallah…tuh kira baru sikit..kalu nak dibandingkan Asiah…isteri kepada firaun..
Beliau mendapat sejahat-2 jahat suami..Akan tetapi..berkat kesabarannya
Beliau mati dalam Islam dan tidak gentar dengan gertakan suaminya…

Habis tuh..lau dapat laki camtuh nk buat apa…bercerai ka?
Hurm…Islam ada garis panduan…guna la cara paling lembut….wanita punya kuasa pujukan paling hebat
Tengok macam mana Siti Khadijah memujuk nabi ketika baginda menerima wahyu pertama daripada ALLAH…….sejuk nabi

Tapi tuh nabi kak…laki dan suami zaman sekarang nih dah akhir zaman..

Betul…tapi sebaik-baiknya jangan hanya tertumpu pada masalah..tapi pada penyelesaiannya…
Kita nih bila terlalu memikir masalah..maka bertambah-tambah la masalah..dari yang tadak jadik ada..padahal..jika kita catit masalah itu satu- persatu....tidak la sebanyak jalan penyelesainnya yang kita boleh dapat..

Argh..otak lambat pulak memproses maklumat..………..loading incomplete..huu……
Aku cuma mampu tersenyum mendengar hujahnya..

Guna cara Islam..pujuk suami dengan kelembutan isteri..berdoa pada ALLAH..temui orang tengah yang kita percaya..berdoa lagi…pujuk lagi..hati suami sekeras batu pong mampu lekuk dek kesabaran seorang isteri misali..percayalah..Insya ALLAH…tapi yang penting  kena jaga aib suami.

Hurm..susahnya..lau hati laki tuh batu besi konkrit…tak berlekuk..macam mana?

Ikut perancangan ALLAH..jika bercerai itu penyelesainnya..minta nasihat Jabatan Agama..libatkan keluarga terdekat..agar membantu. Kalau dah keterlaluan..akak rasa tak salah..isteri memohon cerai…

Tapi akak..bukankah bercerai itu akan mengegar arash..

Hurm..itu la yang selalu dikata..tapi setau akak tidak ada hadith sahih yang menyokong kenyataan itu.. Ini ada dibincangkan oleh para ulamak di Tanah Arab..tapi itula..ilmu akak pon sikit dek…akak tak sempat nk upgrade RAM laie..heee

Ingat Islam itu mudah..

Lagipun adab bergaul dengan isteri ada diterangkan dalam Quran..
Surah Al-Nisa ayat 19 ;‘’Wahai orang yang beriman! Tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian daripada apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali apabila mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang baik. Jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ALLAH menjadikan kebaikan yang banyak padanya’’. Wallahualam…

Lancar kak Ila menuturkan satu persatu ayat-ayat tersebut…

Wargh..aku terkedu…sebijik macam Tajahud cinta la…

Cuba teliti..dalam surah tersebut..ALLAH menegaskan ‘Wahai orang yang beriman’, bukan sekadar menyeru Ya aiyuhal nas.. ‘wahai manusia’….ada beza tuh..Jadi apa ciri org yang beriman?

Antara ciri-ciri mukmin yang ALLAH sebut dalam Surah Al-Ma’arij ayat 32 bahawa ‘mereka memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janji-janjinya’’.

Dan bukankah wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki dan pastinya amanah pada si suami..
Itulah masalah suami zaman sekarang..mereka mengambil ayat Quran separuh..hadith separuh dan menterjemahkan ikut pemahaman sendiri…
Memang isteri wajib mengikut kata suami..dan syurga isteri di telapak kaki suami..
Tapi pada suami yang mukmin…
Jadi suami isteri harus saling mentarbiah sesama sendiri…

Itulah yang dimaksudkan akak  menemui pencinta selepas ALLAH dan rasul..
Cinta sejati pada suami sehingga akhirat..hingga sanggup tunggu suami di pintu syurga..
Malah suami pong begitu juga..sanggup tunggu isteri di pintu syurga
Kerna ingin melangkah ke syurga bersama-sama…

Ishk …ada ker kak…laki nk tunggu isteri bersiap..lambat spoloh minit pong dah membebel..
Ini nak tunggu di pintu syurga..sekali bidadari melintas..lupa bini…sahutku

Kak Ila tertawa kecil. Oh..manis…!

Ke situ pulak ..adik akak nih..Hai....
Kita tak tau akhirat macam mana? Janganlah samakan system di sana dengan di dunia…
Pasti ALLAH merancang sesuatu yang hebat
Jadi tawakal ja la pasangan kita tuh tunggu kita..hee

Aku mula terfikir…selalu apa yang si gadis dambakan adalah seorang lelaki yang bisa membuatkan dirinya sentiasa riang..dipujuk rayu..dimanja..kalau boleh nak sama minat la..tinggi, handsome, pintar…lau dapat sesedap suara macam Anuar Zain tuh lagi la meriah hidup..hee

Akak..akak kesah tak kalau dapat laki yang serba serbi kurang dari akak?
Maksud sha?
Ye la..akak kan engineer…cantik plak tuh..
Owhks…

kerja akak nih..kire rezeki ALLAH la..kalau ALLAH nak amik bebila masa dia tarik
setakat cantik tuh..erm…pandangan manusia ja dik..lelama basi jugak..

Akak tak nafikan..kawan-2 akak sendiri ada yang meletakkan standard diri..so, banyak la calon yang direject..
kalau nak cari mcam si Naza tuh ker..Dr Syed Muzaffar ker..berapa kerat la sangat kan..

hehe..aku tersenyum saja..

Jadik..akak plak camna?

Akak redha adik..yang penting..dia ada agama dan berusaha untuk baiki ekonomi keluarga dan tidak bergantung sepenuhnya pada kita.
Sedangkan Saiditina Khadijah berkorban harta untuk suaminya kerna jalan ALLAH..
Apa la yang ada dekat akak nih..sumanye atas nama bank lagi ….

Aku terdiam mendengar kata-kata kak Ila…

Pengalaman kawan-2 akak la kan..ada yang sebelum kawin.bakal suami dia ada harta..kereta..rumah ..bisnes ..kemudian.ditakdirkan ALLAH..di pertengahan perkahwinan..suaminya ada masalah perniagaan…

Sudahnya..bisnes lingkup..nasib baik dia bekerja..sekarang dia yang tanggung keluarga..

Tapi tak bermakna suaminya duduk berdiam diri saja..Cuma amik masa skit la nak bangkit semula..
Cuma apa yang akak kesal..keikhlasan seorang isteri dalam membantu suami..
Napa kak?
Ye la akak ralat..bila dia boleh cakap… ‘ingatkkan kawin dengan lelaki kaya nih nak tumpang senang..sekali kita plak kena bela dia?’’ Masya ALLAH..

Masa suami dia berduit dulu....bercuti sana sini..Oversea lagi..Handbag mahal-2..Semua nya barangan import…

Akak cerita nih bukan untuk aibkan sesiapa..tetapi sekadar pengajaran..kerna kita manusia nih selalu benar terlepas cakap…..hmmm…

Itulah..membuatkan akak terfikir..jika berkahwin kerana harta dan kerana itu ini..bila sesuatu itu ditarik ALLAH..maka goyah la suatu ikatan perkahwinan itu…

hmmm..aku hanya menggangukkan kepala tanda setuju.

Kawan saya masa kawin pong..dia ngan husband die tadak per-2..
Derang sama-2 kumpul harta..dari naek moto, skang dah berkereta dan ada rumah…
Kire..adala hartanya…

Akak..lau saya Tanya laie bleh?
Ye..apanye Sha?
Nape akak single laie? Maaf yer..rasenya dah banyak pinangan yang akak tolak..
Termasuk la pinangan dari lelaki mukmin yang cukup agamanya..

Erm..sejenak dia terdiam..Argh…tiba-2 rase bersalah mulai bersarang di hati…
tu la..gatal sangat tanya soklan cepumas kang…

Akak mencari cinta ALLAH dan Rasul…dan masa yang sama akak cuba menerima lamaran orang lain.
.tapi entah la..bila akak buat istikharah..
hati menyuruh bersabar…tidaklah akak mencari sesempurna mana..kerna akak bukan secantik balqis atau sealim isteri para Nabi..akak hanya gadis muslimah di hujung zaman…
Siapa yang tanak berumahtangga dik..mungkin…ALLAH belum membuka hati akak..jadi bersabarlah..

Tapi kak..bukan ker bercinta lepas kawin itu lebih afdal..

Ye betul..macam akak cakap tadi..hati ini belum terbuka..
Keihklasan penting dalam perkahwinan..takut-2 kita tak redha dengan apa yang kita buat untuk suami..
Erm..Tak pasal2 raih dosa…ermm

Buka kan lah hati akak..open your heart…hee..sambil aku mendepakan tangan

Insya ALLAH..suatu hari…akak pong berdoa untuk sha jugak yer..jawap kak Ila lembut

Aku hanya mampu tersengih..dulang paku serpih..aduss

Jangan putus asa. Keep praying my dear.. ALLAH itu MAHA mendengar dan die suka hamba-2Nya memohon padanya..

Surah A-Ruum, ayat 21; ‘Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir’..

Ohwks….rase diri sangat kerdil mendengar hujah demi hujah dari kak Ila..

Aku kagum dengan kak Ila yang mampu untuk menghafal beberapa petikan tafsir Al- Quran.
Masakan tidak…Tafsir Quran sentiasa ada padanya.. malah senaskah turut disimpan di dalam kereta..

Cak!!..amboi..dua orang nih..dok bertapa dalam bilik ja..entah dari mana..tiba-2 si farhana tersembul dari muka pintu…

Huh..sebok ja kau nih..dah bis ceta CSI…

Dah..awal-2 aku dah tau sapa pembunuhnye..hebatkan..huhu

Ee..riak…!! Farhana hanya mencebik muka..

Seketika terdengar azan asar berkumandang…

Hm..Ana, Sha..pergi berwudhu..kita jemaah sesame….

Aku mengatur langkah ke bilik air..

Sambil sejenak terfikir..jodoh itu Rahsia ALLAH..dan di akhir zaman ada lagi wanita muslimah bak permata seperti Hajratul Nabila Atiqah binti Sulaiman. Wassalam..

Hakcipta Suka- suka: IB @ Isabella @ November 2011

p/s..terdapat byk kesilapan tatabahasa di dalam cerpen ini..dan jika ada kekhilafan,ia nya datang dari kekerdilan sya.  Cerpen ini just for fun..tidak ada kena mengena yang hidup apatah laie yang suda kembali ke rahmatullah…hepi reading hour…

Me signing off…Maal Salamah..

Cerpen: ALLAH ajarkan Siapa aku...

Hi bella..

Hi maya..

Ko ok?..mcm nih ja la..jwpnya malas

Erk..maya..sori yerk psai kelmarin..

Erk?..aku kerutkan dahi

Maaf, aku tak dak niat langsung nak tinggikan suara..it just happen

Hurm..ye aku faham..ko tgh marah.........



Maya..apa itu iman??

Iman itu perisai org islam..jwpku ringkas

Percya pada ALLAH, malaikat, rasul, kitab ALLAH, hari kiamat dan Qada dan Qadar...

Tnpa salah satu...terungkailah ikatan iman itu..



Maya..apa tujuan kita hidup?? Untuk apa kita hidup??



Firman ALLAH Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)



Kalau cmtuh..tk yah belajar tinggi, tak yah pergi sekolah, tak yang kije..dodok jerk dkt surau tuh 24 hour..kompem masuk syurga...

Hurm...aku hanya tersenyum...

Dalam azan sendiri menyeru..marilah bersolat..marilah menuju kejayaan...

Tak terpisah dunia dan akhirat..2-2 sama penting...



Hm...Laila Isabella..apa yang awak inginkan dan cari dalam hidup?

Musti la nk kekayaan, kesenangan, kekukuhan, kebahagian, kejayaan, ketenangan dan segala-galanya..



Maya..aku tak maksudkan kaya sampai aku tak tau nak buat apa dengan duit..tp ckup..aku mampu dan boleh dapatkan apa yang aku inginkan, kekukuhan iman dan kesabaran, dan aku ingin bahagia dengan kehidupan..dan aku juga ingin menjadi seorg yg berjaya..yag mampu naikkan Islam..aku berusaha untuk semua itu Maya..aku belajar..aku bekerja..dan aku berlaku baik dengan org disekelilingku..dengan harapan mereka juga berlaku baik denganku..tapi apa yg aku dpat?..aku ditikam dari belakang..aku sedih..dan geram..marah..dan setelah berusaha aku juga gagal..padahal ada org lain yag tak perlu bersusah payah naik pangkat..bonus 2,3 kali ganda dari aku..oh dunia ini memang kejam...aku tahu rezeki itu di tangan ALLAH..tapi kenapa mereka yang tak berusaha senang-2 ja dapat...huh..malas la nak ceta..buat sakit hati ja..kenapa sesetengah orang itu senang ja perjalanana hidup dia..? mereka dapat pasangan yang mereka cintai, bahagia...dan menikmati hidup dengan jayanya..



Orang yang dicintai? Hm, Kenapa nak kejar cinta manusia sedangkan cinta manusia hanya sementara dan tidak kekal??



Cinta manusia? Aku mencari cinta selepas ALLAH dan Rasul,,dan cinta itu bukan setakat di dunia tetapi di akhirat..........akhirat maya...aku nk tunggu dia di pintu syurga dan dia akan menunggu aku di pintu syurga sebelum kami melangkah bersama-2...

Tinggi sangatkah impian aku Maya??

Tak Bella...langsung tak...jodoh itu rahsia ALLAH..berdoa la..

Kau mengeluh??

Berdosakah aku mengeluh? Tak salah..tapi jangan sampai kesal dengan takdir sendiri..

Jgn salah sangka pada ALLAH..mungkin yang kau rasakan tidak baik itulah yang terbaek untuk kau..itu firman ALLAH bella...

Didik la hati untuk bersabar...



Ingat rukun iman ke-6..percaya pada Qada dan Qadar...........rukun iman Bella..Jika rukun Islam menyatakan sesaat kau mengucap La Ilahaillah..bermakna kau menerima keesaan ALLAH..setelah itu kau solat, berpuasa,berzakat dan mengerjakan haji jika berkemampuan..itu ciri kau adalah Islam yang baik..

Tapi..iman setiap mukmin itu berbeza-2 bella,,,itu lah kenapa ALLAH tegaskan dalam rukun iman...wajibnya kita percaya pada Qada dan Qadar.............



Maya...apa itu Qada’ dan Qadar??



Qada' bererti ketentuan Allah dan Qadar bererti pelaksanaan kepada qada' tersebut.

Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah WAJIB hukumnya.



Ingat Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya’’ Al- baqarah, ayat: 286.



Memanglah perit dugaaan yang ALLAH bagi..tapi itu tandanya ALLAH uji kita..Dunia ni adalah jambatan ke akhirat.dan syurga itu dikelilingi dengan benda-2 yg menyakitkan,



Redha dalam setiap ujian Allah adalah sangat penting agar dapat mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang bersabar. Tidak mungkin Allah menjadikan sesuatu itu berlaku pada diri kita tanpa ada sebabnya. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Jadi bila ditimpa musibah...beristigfar lah..dan jgnlah cepat melatah.. atau saling menyalahkan dan menyebut ‘’kalaulah’, kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita.



Maya, Kenapa kita perlu diuji?



"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)



Berkenaan jodoh pulak, dalam Quran.ALLAH pon cakap..perempuan baek untuk laki yang baek, begitu juga sebaliknya..itu janji ALLAH..bersabar, berdoa dan bertawakallah

Selalu aku tengok mesti salah seorang yang dominan..kesian yang sorang lagi..lau tak jadik pak turut jadilah isteri yang memendam rasa..

Itulah saling melengkapi..

Erm..kenapa tak seorang yng cool dengan yg cool ja..yang suka berleter tuh biarlah dengan yang bengis...

Hahaha...apa akan jadik dunia kalau camtuh..hancuss kan..sedikit tawa dari Maya

Biarlah..baru betul buku bertemu ruas...

Hehe..kamu nih ke situ plak..ada la hikmah tuh.............

Argh..hikmah..memangla..napa sorang ja yng perlu bersabar..hai...

Itu hukum alam...



Tapi camna lak kalau orang yang baek tpi dapat pasangan yg sgt jahat??

Maka..teruskanlah bersabar..rebutlah pahala..seperti Siti Asiah, isteri Firaun dan Nabi Nuh yg mendapat isteri derhaka.....

Tapi aku tak sekuat mereka..

Kenapa tidak berusaha untuk menjadi kuat seperti mereka..kau boleh berusaha untuk dapat 4 flat..usaha dan teruskanlah berdoa..

Cakap memangla mudah..tapi nak buat itu susah..

Bella...dari kecik..ko nak meniarap, merangkak, semuanya payah pada mulanya..kemudian???

Ko sekarang boleh berlari......

Ingat..doa dan terus berdoa..



Maya..kenapa perlu berdoa?



Bukankah ALLAH pasti tahu apa yg kita inginkan? Kadang-2 rasa penat bila doa tak dimakbulkan rasa sedih....sia-2 dan kdg-2 terlintas perasaan hampa...

Bukankah kita boleh berserah sja pada takdir...? pada Qada dan Qadar??



Bella, Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT.



Ingat, berdoa itu merendahkan darjat kita sehingga daripada kita rasa ada apa-apa kepada tiada apa-apa langsung. Kita meletakkan diri kita benar-benar berada di bawah. Kita memohon dan berharap sesuatu daripada Allah SWT. Dengan berdoa kita lebih jelas siapa kita dan kepada siapa kita memohon. Kita sedar kedudukan kita dan kita sedar kedudukan Allah SWT. Kita sedar kita hanyalah hamba ciptaan Allah SWT dan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Besar.



Kebiasaanya, bila kita berdoa, pasti kita mohon itu ini pada ALLAH. Tapi, apabila kita berdoa, kita menyatakan keinginan kita kepada Allah SWT dengan penuh KESEDARAN yang kita ini lemah, bodoh, tidak berdaya dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWT. Tetapi dalam masa yang sama kita sedia menerima segala ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Kita juga akan terus mengikut segala ketetapan yang Allah SWT perintahkan kepada kita. Maka kita benar-benar akan berserah secara total kepada Allah SWT.



Orang yang beriman itu tidak pernah kecewa kerana sentiasa menerima ketentuan Allah SWT dan tidak pernah putus asa di dalam mengikut ketetapan yang Allah SWT tetapkan. Orang yang beriman sentiasa aktif. Melakukan segala kerja dan berusaha melakukannya sebaik mungkin di atas nama Allah SWT. Urusan rezeki dan segala penyelesaian hidup adalah hak Allah SWT yang kita tidak boleh pertikaikan kerana ia bukan hak kita.



Di dalam masa yang sama juga, kita yakin dan prasangka baik dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan segala permintaan kita. Kita sangat yakin dengan kehendak Allah SWT di mana kehendak Allah SWT merupakan ketentuan yang terbaik di sisiNya untuk diri kita.

Bella tunduk diam...



Bella, aku tak cakap mudah untuk bersabar, redha dan pasrah..kekadang aku sendiri merasa bagitu dekat dengan ALLAH..dan kadang kala aku rasa sangat jauh padaNya..sabarku kadang kala ada pasang surutnya..tapi aku cuba mendidik hati, jiwa ku..



Aku harap kau pong begitu..kita manusia Bella, walau ada akal, tapi nafsu sering merajai hati..sama-2 lah kita mengingati sesama kita..kerna aku kadang kala juga menangis takdir diri..semua orang ada kesusahan masing-2..perjalanan setiap orang ada duri nya..yg penting aku cuba mendidik hati..jangan buruk sangka pada perancangan ALLAH...



Untuk apa kita hidup, pada siapa? Kenapa bahagia tidak muncul, rasa putus asa, itu hanya duniawi andai iman tidak kita bajai..Dunia ni hanyalah ladang untuk kita usahakan dan semai hasilnya sebagai bekalan kita di akhirat..tiada yang kekal di dunia..



Kau mahu berjumpa ALLAH dengan tangan kosong? Kalau aku pasti malu..teramat malu..bila ALLAH sudah menyediakan ruang dan subsidi pahala..tapi aku tetap sia-2kannya...

Ok la Bella, nanti-nantilah kita sambung yerk..

Aku dah mengantuk sangat..sok kije..

Nunitez Bella..





Nukilan: Cd Syuhadaar- 11/01/2012.

Wednesday, January 25, 2012

Mahu menjadi insan bahagia??

Salam...

Wargh..dah lama sesangat tak mengupdate cni yerk..
tetiba rindu plak untuk menulis..wee
maaf jika ada kesalahan tatabahasa di sini..tapi kali nih nak lebey santai..

Wel terbaca satu artikel dari internet...
cmmana nak bahagia yerk...ha..inilah resepi nyer...

Tujuh petanda kebahagiaan dunia:-
1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5. Al malul halal, atau harta yang halal
6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7. Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

Moga kita sebagai khalifah ALLAH..mendapat hidayah dan rahmat dariNya..Amin n Insya ALLAH!!!